Saya nak kongsi dengan sesuatu dengan anda. Baru-bearu ini, saya berkesempatan untuk menemubual Azam (lebih dikenali sebagai RinggitHit) salah seorang pengguna Yahoo! Search Marketing.
Beliau adalah penulis disebalik ebook Formula Rahsia RinggitHit (F2R) yang mendapat sambutan hangat. Ebook ini menerangkan bagaimana beliau menggunakan Yahoo! Search Marketing bersama dengan Google Adsense untuk menjana pendapatan di internet.
1. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual ini. Boleh saudara Azam ceritakan sedikit mengenai latar belakang dan bagaimana saudara terlibat dengan search engine marketing dan program Adsene?
Sama-sama. Penglibatan saya dengan Adsense & SE Marketing ni bermula dari pembacaan beberapa ebook yang saya perolehi di internet. Ebok2 tersebut telah mencetus idea untuk saya mencubanya.
2. Berapa pendapatan Adsense yang saudara Azam perolehi sebulan ?
Tak banyak manapun, paling tinggi saya dapat ialah USD1,000+, sekarang ini purata sebulan ialah USD400+ sahaja, 100% automatik (cara F2R tu lah… hehe….). Tahun 2008 ni target saya adalah untuk pecahkan rekod earning USD1,000+ sebulan tu, insyaAllah.
3. Apa kesalahan yang seringkali dilakukan oleh mereka yang melibatkan diri dengan program adsense?
Sudah tentunya melanggar TOS Google, antara yang biasa didengar ialah klik ads sendiri atau suruh member/kawan klik.
4. Apakah cadangan saudara kepada mereka yang ingin meningkatkan pendapatan Adsense?
Belajar, belajar dan terus belajar…. tak kiralah melalui ebook ataupun sifu/guru J. Cara untuk buat duit adsense ni terlalu banyak, jadi terpulang kepada masing2 untuk belajar cara yang dikehendaki.
5. Saudara telahpun menulis sebuah ebook bertajuk “Formula Rahsia RinggitHit, F2R”. Apa yang menyebabkan anda menulis ebook tersebut?
Ebook F2R menerangkan 100% rahsia saya buat duit adsense (100% automatik). Saya menulisnya setelah mendapat permintaan ramai untuk mengetahui rahsia saya itu (setelah saya menunjukkan earning adsense saya di forum WC).
6. Dalam ebook Formula Rahsia RinggitHit, Saudara Azam menggunakan PPC untuk meningkatkan pendapatan Adsense. Kenapa PPC?
Ada pelbagai cara untuk tarik trafik ke website kita. Antara yang paling popular ialah video marketing & PPC marketing. Saya juga ada belajar video marketing tetapi bagi saya, ia mengambil masa & tenaga yang agak panjang untuk dilakukan. Oleh sebab itu saya memilih PPC marketing. Malah, dengan PPC marketing ini, kita boleh “set & leave it” & tidak mengambil banyak masa à amat sesuai untuk saya yang ada full-time job.
7. Dari manakah sumber utama saudara Azam mendapat maklumat mengenai PPC?
Sumber utama saya ialah ebook. Saya banyak membaca ebook berkaitan PPC (saya perolehi melalui internet & membership site). Mana-mana bahagian yang tiada ditulis dalam ebook, saya akan cari maklumat sendiri atau guna kaedah “cuba-jaya”.
8. Apakah ciri-ciri seorang pemasar PPC yang baik?
Hmm…. Satu soalan yang sukar untuk dijawab kerana bidang PPC marketing ini amat luas sebenarnya. Bagi saya, seorang pemasar PPC yang baik sudah tentulah seseorang yang dapat menghasilkan peratus keuntungan yang tinggi (maknanya untung lebih besar berbanding dengan kos PPC).
9. Sebelum ini anda menggunakan Google Adwords untuk kempen PPC, apa yang menyebabkan saudara menggunakan Yahoo! Search Marketing?
Sebenarnya saya masih lagi menggunakan Google Adwords tetapi untuk kempen & teknik F2R, saya menggunakan Yahoo! Search Marketing (YSM) sahaja. Sebab utamanya ialah kerana kempen Adwords saya tidak memberikan hasil yang memuaskan tetapi apabila mencuba di YSM, hasilnya amat memuaskan sekali, malah saya boleh katakan bezanya ‘bagai langit dengan bumi’ J. Sekarang saya amat bersyukur dengan tindakan saya itu kerana tak lama selepas itu, saya mendengar khabar bahawa Google melarang penggunaan Adwords bersama Adsense.
10. Apa strategi yang saudara gunakan untuk menjalankan kempen PPC YSM?
Tiada strategi yang khusus sebenarnya, malah kebanyakan teknik/strategi yang saya guna ialah secara ‘cuba-jaya’ & hasil perkongsian maklumat di private forum F2R.
11. Bagaimana saudara menguruskan kempen dan bidaan PPC seharian?
Saya tiada sistem yang khas untuk pengurusan ini. Cuma saya guna setting yang agak sama untuk kesemua kempen dalam PPC saya.
12. Alat apa yang saudara cadangkan untuk menjalankan kempen PPC, contohnya seperti, Keyword research, pengurusan bidaan, analisis analitik, conversion tracking,dan lain-lain?
Untuk keyword research, awal2 dulu saya menggunakan Overture Keyword Tool. Tetapi sekarang ini, ia nampaknya sedikit bermasalah, jadi alternatifnya ialah SEOBook Keyword Research Tool.
Untuk yang lain2 tu, saya tidak menggunakan apa2 software. Untuk pengetahuan ramai, teknik yang saya gunakan dalam F2R sekarang ini tak memerlukan sangat software2 lain. Tetapi, kalau untuk program affiliate, sudah tentu software untuk conversion tracking amat diperlukan sekali.
13. Antara YSM dan Google Adwords, yang mana menjadi pilihan dan kenapa?
Untuk program Adsense, sudah tentu YSM menjadi pilihan muktamad. Tetapi untuk program lain seperti affiliate, kedua-duanya boleh digunakan.
14. Apa pembaharuan yang ingin Saudara Azam lihat pada program berbayar search engine seperti Google Adwords, YSM, MSN AdCenter pada masa akan datang?
i) Had jumlah keyword untuk setiap akaun dinaikkan
ii) Jumlah & nilai kredit percuma dinaikkan
15. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk interview ini. Sebelum kita tamatkan interview ini, apakah nasihat-nasihat atau tips yang ingin Saudara Azam berikan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam program Adsense dan pemasaran PPC?
Ramai orang kita yang seakan fobia dengan PPC marketing ~ takut kehilangan modal. Tetapi saya lihat sekarang ini, fobia itu sudah semakin pudar. Untuk adsense pula, ramai yang melanggar TOS Google menyebabkan akaun di’ban’. Oleh itu, kita haruslah belajar, belajar & terus belajar kerana dengan adanya ilmu, barulah kita boleh berjaya!