Mangsa Phishing Scam.

Salam semua pembaca blog ImpakSearchMarketing.com

Terlebih dahulu, saya nak minta maaf sekiranya anda datang ke blog ini dua tiga hari lepas dan mendapati laman web ini di “suspend”. Masalahnya berpunca daripada anasir-anasir luar yang tidak bertanggungjawab.

Anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini menghack masuk server dan memasukkan laman web palsu yang menyerupai laman web beberapa institusi kewangan. Kemudian mereka menghantar email kepada pelanggan institusi kewangan terbabit supaya mengemaskinikan maklumat penting mereka dengan menekan link yang terdapat pada email tersebut.

Pelanggan akan dibawa ke laman web palsu untuk mengemaskinikan maklumat penting. Aktiviti atau scam ini dinamakan sebagai phishing dan beberapa domain utama yg saya miliki menjadi mangsa kepada anasir ini kerana link yg terdapat pada email tersebut akan redirect ke website mangsa dimana website palsu di host.

Saya menggunakan satu akaun hosting untuk host hampir semua domain utama saya. Jimat kos lah katakan.

Bingung jugak saya masa itu kerana memikirkan apa yang akan terjadi pada domain yang saya miliki. Adakah ianya akan di BAN? atau adakah laman web saya selamanya di gantung tanpa tali?

Apa-apapun, alhamdullilah kerana setelah bebincang dengan web host, mereka pun “un-suspend” dan sedaya upaya membantu membuang website phishing.

Itu berita pertama.

Berita kedua, saya akan balik kampung melawat nenek saya yang kini kurang bersemangat setelah teman hidup selama lebih 50 tahun bersama telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lepas.

Selain itu, saya akan menghadiri Majlis perkahwinan sepupu rapat saya yang akan berlangsung pada hari Ahad ini. Almaklumlah, sekarangkan musim kahwin. (dapat makan nasi minyak :D )

Apabila saya kembali, entri terbaru yang akan saya masukkan adalah “Video PPC dan Senarai Email” seperti yang saya janjikan.  Saya tak sempat nak upload hari ini sebab tengah sibuk kemas barang untuk bawak balik esok.

Jumpa Lagi

-Rammel Firdaus.

Leave a Reply