Kes Studi: Gila Ke Apa Tak Nak Sambung Belajar?

Apa bezanya…

A) Budak sekolah lepasan SPM yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan/luar negara

dengan

B) Budak sekolah Lepasan SPM yang *Sengaja menangguhkan pelajaran ke menara gading?

Jawapan:…

Bezanya, budak yang Sengaja menangguh untuk melanjutkan pelajaran itu sama ada malas belajar, atau *Gila atau tidak berkemampuan.

Tetapi, itu bukan hakikatnya bagi seorang remaja berumur 17 tahun yang bernama Adly a.k.a Labanon. Nak kata dia malas belajar, tak jugak sebab beliau rajin mencari ilmu.

Belajar tidak bererti mendapatkan pendidikan formal di Universiti, mendapat didikan daripada pensyarah berwibawa dan berkaliber dan pada akhirnya mendapatkan segulung diploma, kemudiannya melanjutkan ke peringkat sarjana seterusnya pelajaran  ke peringkat PHD.

Skop belajar amat luas.  Anda berjumpa dengan ustaz dan ustazah untuk mendalami ilmu agama juga dikira belajar. Mendapatkan maklumat proses menghasilkan kertas juga dikira belajar. Mengorek rahsia masakan sedap ayam masak merah kaler hitam daripada ibu juga dikira sebagai belajar.

Dan satu lagi skop “Belajar” adalah belajar bagaimana untuk melakukan perniagaan di internet…

Nak kata beliau gila (orang putih kata Insane), mustahil sebab saya kenal beliau walaupun hanya menerusi PM dan YM. Kalau gila, sah-sah masuk wad bahagia.

Tidak berkemampuan???… Itu bukan persoalannya (out of the question) kerana beliau mampu untuk membayar yuran pengajian daripada poketnya sendiri dan bukan daripada kocek mak bapak. Sedangkan kedua ibubapa Labanon sendiri tidak percaya dan tidak yakin dengan tindakan beliau untuk menangguhkan pengajiannya.

Untuk membuktikan dan meyakinkan kepada kedua ibu bapa, Labanon sendiri yang membayar bil elektrik.

“Ahh!, tipulah si Rammel ni”…

Kalau saya tipu, maknanya Labanon pun tipu saya. :P

Tak caya lagi? Download temu ramah ekslusif saya bersama Labanon. (erkk, sebenarnya.., Saudara Zahfran yang menemu ramah beliau. :P)

Temu rahmah ekslusif bersama Labanon, Rahsia 10K

-Rammel Firdaus.

P.S Satu revolusi baru akan mengegar dunia pemasaran internet di Malayisa.

4 Responses to “Kes Studi: Gila Ke Apa Tak Nak Sambung Belajar?”

  1. nasrun Says:

    Sijil bukan pengukur seseorang untuk menjadi jutawan. hehe.

  2. ijamidayu Says:

    thanks bro.. tapi dah dapat dah.. memnag betul.. budak nie memang rajin.. dia work smart.. bila la aku nak jadi cam die nie.. :D Apa pun nice sharing..

  3. pyan Says:

    bukan malas atau gila……tapi smart. SmartLabanon. Budak ni kata dia dapat masuk UMP ambik computer engineering. hahahahaaaa …….. manusia ada macam macam kerenah.

  4. Rammel Firdaus Says:

    Sekarang segulung ijazah bukan penentu kejaaan. :D

Leave a Reply