Ada Masalah Dengan Server…

*Agak sedikit* memalukan tapi jika Semalam anda singgah sebentar ke Impaksearchmarketing.com untuk menempah Panduan Y! Search Marketing sekitar jam 8 pagi hingga 4 ptg, anda mungkin mendapat mesej dibawah:

Maknanya ada masalah dengan server dan webhost…

Saya ingatkan hanya produk dari luar negara yang top-top sahaja akan mengalami masalah dengan server kerana jumlah pelawat yang datang.

Ramai sangat ke yang datang ke ImpakSearchMarketing.com? Saya cuba lah contact webhost dan tanya apa yang terjadi? Rupa-rupanya ada hackers masuk kedalam server dan meng”inject” script yang dapat mencuri maklumat login, password dan maklumat penting. dengan kata lain, phishing.

Jadi mereka terpaksa shutdown sekejap dan membuang script tersebut untuk mengelakkan kebocoran maklumat ke tangan anasir yang tidak bertanggungjawab.

Saya ingin memaklumkan kepada anda kejadian ini untuk menjawab persoalan kehilangan Blog.  Jadi blog ImpakSearchMarketing dah kembali dan bagi mereka yang tertanya-tanya pemenang pertandingan “Strategi Saya dan YSM”, saya akan memaklumkan pada post seterusnya.

P.s, Baru-baru ini, ribut kencang di kawasan perumahan saya.

One Response to “Ada Masalah Dengan Server…”

  1. Impak Search Marketing » Blog Archive » Pengumuman Pemenang Pertandingan “Strategi Saya dan YSM” Says:

    […] pengumuman ini dilakukan semalam. Tetapi disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan, maka saya terpaksa mengumumkannya hari […]

Leave a Reply