Berikut adalah jawapan yg diberikan oleh Am:
Kebiasaannya bagi pengguna ppc perkara utama yang perlu diketahui adalah strange bagi sesuatu keyword yang hendak diguna dalam melancarkan kempen ppc.. juga beberapa perkara penting yang perlu diambil kira.
Competitor keyword.. atau niche bagi sesuatu produk, berapa harga 1 click yang ditawarkan advertiser sedia ada.. dan berapa pula harga yang anda mampu tawarkan. Bajet anda berapa sehari.. sebulan pula berapa? bukan semua click yang anda terima akan menghasilkan jualan..
Kebiasaannya ramai orang tidak menjual produk sendiri dan hanya mempromosikan affiliate program dengan menggunakan ppc.. katakan anda menpromosikan sebuah ebook yang berharga $27 yang mana 50% adalah jumlah yang akan anda terima sebagai komisyen affiliate iaitu $13.50, itu bukan satu urusniaga yang menguntungkan anda kerana jumlah komisyen yang akan diterima sangat sedikit. Dibandingkan dengan wang anda yang keluar bagi tujuan ppc.
Ingat cari affiliate program yang membayar pada harga tinggi dengan nilai keyword yang murah. $100 free credit tersebut jika digunakan dengan berhemah pasti pulangannya sangat banyak.
Itu yang pertama, kedua memanipulasi kredit tersebut bagi tujuan senarai email.
Ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan senarai email melalui ppc, sangat tidak digalakkan untuk newbie sebab kos yang ditanggung adalah sangat besar berbanding pulangannya nanti. kerana untuk repeat sale anda perlukan perhatian lebih iaitu mereka signup dengan anda kerana mahukan barang free yang anda tawarkan.. namun sebanyak mana yang boleh anda tawarkan secara percuma.. tanpa anda mendapat pulangan yang besar, lambat laun anda akan menjual juga dengan mereka.. anda cuma berada dalam targeted market tapi sukar untuk di convert kepada sale.
Nasihat saya gunakan affiliate network.. cari program yang membayar payper lead (PPL).. atau pay per free signup untuk newsletter… beberapa yang affiliate network yang saya sertai ada yang menawarkan PPL sekitar USD5 hingga USD30. Sebagai contoh yang saya lihat hanya mengedarkan free report dan site tersebut membayar sehingga $34.50 bagi seorang subscriber yang mereka terima. jadi ianya cara mudah untuk mendapatkan targeted visitor yang mahukan produk percuma, dan masa yang sama anda tidak menjual tetapi mendapat bayaran… dan paling penting anda tak keluar modal pun hanya guna free kredit tersebut sahaja.
Apa kata saya?…
Competitor keyword.. atau niche bagi sesuatu produk, berapa harga 1 click yang ditawarkan advertiser sedia ada.. dan berapa pula harga yang anda mampu tawarkan. Bajet anda berapa sehari.. sebulan pula berapa? bukan semua click yang anda terima akan menghasilkan jualan..
Am ada menyatakan mengenai competitor keyword, cost per click (CPC), daily bujet dan monthly bujet. Apa kaitan semuanya? Sebelum anda hendak memulakan kempen PPC, antara perkara yang perlu diberi keutamaan adalah CPC bagi sesuatu keyword. Berapa yang sanggup anda belanja untuk satu klik bagi setiap keyword? Anda tidak boleh sesuka hati ikut sedap rasa meletakkan satu nilai untuk klik.
Persoalannya berapa nilai maximum dan minimum yang boleh diletakkan? Ianya bergantung kepada beberapa faktor antaranya daily bujet, monthly bujet, harga produk dan lain-lain lagi. Seperti yang dinyatakan oleh Am, anda mempromosikan produk affiliate harga $27 dan komisyen bagi setiap jualan adalah $13.50.
Adakah ia untung atau rugi? Jika CPC keyword anda adalah $1.00, maknanya anda perlu sekurang-kurangnya 1 jualan bagi setiap 12 klik untuk untung $1.50; 13 klik anda balik modal dan lebih dari itu, anda telah rugi. Bagaimana pula jika anda membida $0.10 bagi setiap klik? Disini anda perlu menimbangkan faktor kedudukan iklan anda pada paid listing. Jika CPC anda adalah $0.10, adakah anda akan mendapat kedudukan yang baik antara top 10? Jika tiada saingan, mungkin boleh.
Jadi mempromosikan high price item adalah salah satu cadangan untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Walaubagaimanapun wujudnya persoalan, adakah orang akan beli produk yang mahal? Tentulah ada kalau salesletter yang dihasilkan akan convert pelawat kepada pembeli. Tetapi tetap ada risiko kerugian.
Kenapa perlu promosi produk affiliate sahaja? Untung anda hanya dapat 50% daripada harga jualan. Kenapa tak promote produk sendiri dan untung 100% ?
Bahgian 2 yang diceritakan Am manipulasi kredit untuk senarai email. Itu adalah antara strategi terbaik menggunakan kempen PPC dan ada dibincangkan dalam Laporan Manipulasi Kredit Pengiklanan Percuma. Bina senarai email anda dengan PPC… Kata orang putih, The Money Is In The List. Sepatutnya saya post video PPC dan Senarai Email beberapa hari yang lepas, tetapi ada sedikit masalah dengan line internet ( alasan yang selalu diberikan… dah basi lah
…). Saya akan cuba postkan video tersebut dalam masa terdekat ini.
Didalam laporan tersebut juga, ada membincangkan 3 lagi strategi manipulasi kredit PPC yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan diinternet dan yang paling ditegaskan adalah strategi yang pertama. Strategi pertama adalah strategi yang membolehkan anda mendapat pendapatan berterusan selagi anda tidak… (~ rahsia jeng-jeng-jeng…)
Apa kata anda?… Tinggalkan komen dibawah:
P.s. Saya bukan Along, Saya cuma Mahu Tolong…
p.s.s Saya bukan Guru, Saya hanya Mahu Kongsi Apa Yang Saya Tahu…